You are viewing Malaysia’s website
Di mana inovasi bertemu kekuatan
Malaysia melaburkan RM10 bilion setahun untuk membangunkan tenaga kerja yang mahir digital. Ini membolehkan TP di Malaysia membantu jenama-jenama global mencipta semula operasi mereka menerusi Pengalaman Proses Perniagaan (BPX) yang diperkasa AI, lantas membawa inovasi melusuri proses kompleks untuk menyampaikan kelebihan daya saing yang berkekalan.
Kami mengubah permainan untuk para pelanggan kami, dan menetapkan piawaian baharu merentas industri
Memacu pertumbuhan? Kami memperkasakan platform global dengan Revenue-as-a-Service (RaaS) — menskalakan pemerolehan, orientasi pekerja, pembaharuan dan pengekalan melalui sokongan berbilang bahasa yang didorong AI.
Menskala perusahaan? Kami mentransformasikan operasi kewangan, HR, perolehan dan pemasaran dengan automasi dan penyampaian berbilang bahasa yang diperkasa AI.
Daripada tempahan sehingga menaiki pesawat, kami membantu para pelancong setiap saat dengan perkhimatan berbilang bahasa, pengurusan gangguan dan perkhidmatan tetamu yang lancar.
Membina komuniti global? Kami menyediakan moderasi berbilang bahasa, kepercayaan dan keselamatan dan pencegahan penipuan, yang melindungi pengguna dan membolehkan pertumbuhan pada skala.
Setiap transaksi penting. Kami melindungi KYC, AML dan pertikaian dengan operasi yang sedia pematuhan serta kepakaran berbilang bahasa yang dipercayai.
Kami menyokong pesakit, pembekal dan syarikat insurans dengan CX berbilang bahasa dan perkhidmatan pejabat dalaman yang selamat, langsung membina kepercayaan dalam setiap interaksi.
Produk utama kami
Pemasaran & Perundingan Digital bagi Mempercepat Transformasi
TP Infinity adalah cabang perkhidmatan perundingan dan pemasaran digital kami — membantu jenama membina skala secara lebih bijak melalui pengurusan kempen, operasi iklan dan reka bentuk semula perjalanan pelanggan. Dengan menyatukan teknologi, analitik dan kepakaran manusia, Infinity membolehkan organisasi mengoptimumkan operasi pemasaran, memodenkan sistem dan memacu pertumbuhan baharu melalui inovasi.
Menskalakan jualan dengan inteligen dan ketepatan
TP.ai Growth ialah platform jualan B2B berkuasa AI yang menggabungkan kecerdasan buatan, automasi dan cerapan berasaskan data untuk mengoptimumkan aliran kerja, meningkatkan kadar penukaran serta mempercepatkan hasil pendapatan. Dengan wawasan jualan masa nyata dan data pasaran, perniagaan dapat melaksanakan strategi yang lebih bijak dan memacu pertumbuhan yang konsisten sepanjang keseluruhan kitaran jualan.
Menukar setiap set data kepada inteligen yang boleh ditindaklanjuti
TP.ai Dataservices ialah platform perkhidmatan data berkuasa AI yang menyediakan kejuruteraan data, anotasi data dan analitik lanjutan untuk menyokong pembangunan AI berskala. Dengan gabungan kepakaran human-in-the-loop, pembelajaran mesin dan AI generatif, ia menukar data mentah kepada wawasan berkualiti tinggi, membolehkan pelaksanaan AI yang lebih pantas, ketepatan model yang dipertingkatkan serta keputusan perniagaan yang lebih pintar.
Kami menggabungkan piawaian global dengan kekuatan tempatan untuk membantu jenama berkembang maju
Kami menggabungkan piawaian global dengan kekuatan tempatan untuk membantu jenama berkembang maju
Wawasan & Kisah Kejayaan
Luaskan jangkauan anda dari Malaysia hari ini